Open Tuisyen Bahasa Inggeris Tingkatan 5
7 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 06 Januari 2026, seorang peserta telah menyertai kelas Open Tuisyen bagi subjek Bahasa Inggeris Tingkatan 5 di NADI Sungai Bandung. Kelas ini dijalankan sebagai sesi pembelajaran untuk membantu pelajar memahami dan mengikuti silibus Bahasa Inggeris Tingkatan 5 dengan lebih teratur.
Sepanjang kelas berlangsung, peserta mengikuti penerangan topik yang merangkumi tatabahasa, kosa kata, pemahaman bacaan, serta teknik penulisan. Peserta telah diberikan nota bagi setiap topik yang diajar untuk memudahkan ulang kaji dan pemahaman. Latihan dan aktiviti berkaitan juga disediakan bagi mengukuhkan kefahaman peserta terhadap topik yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: